Thursday 24 November 2016

Domino's Percuma Memang Sedap!

Domino's Percuma Memang Sedap! | Assalammualaikum dan salam sejahtera hobi aku memang suka bercerita bab-bab makan, cuma harini berbeza sedikit. Korang suka makan Pizza tak? atau ada yang tak pernah nak makan pizza seperti aku? almaklum aku berasal dari kampung. Jarang aku makan ala-ala barat ni. Mujur kenal mokcik yang banyak bawa aku makan tempat-tempat yang best tapi berpatutan. 

Baru-baru ni, mokcik kabokan ke aku yang dia teringin nak makan Pizza, aku ikut je, rupanya, mokcik ni peminat tegar makanan barat, masaklah pokcik lepas nikoh nanti, ke barat lah lauk makan malam nanti. Lagi pulak aku jenis kurang makan-makanan barat. 



Nampak tak? muka pasrah je aku nak telan kegemaran mokcik ni, ( Lasagna Ayam ) memang menjadi pilihan mokcik. Aku pulak pertama kali nak merasa lasagna ni, ternyata memang sedap dan terbaiklah boleh aku katakan lagi. Lagi pulak aku hadap ni langsung lah aku lupakan mem tengah hadap makan sama. Nampak tak Domino's telah mengaburi mataku ini? memang terbaiklah kiranya sebab terlalu sedap. 






Domino's harini nama pun percuma sebab di taja oleh mokcik, hahahahah! Bila suapan pertama yang masuk kedalam mulut, buat hati berkata inilah yang terbaik, Walaupun pertama kali aku hadap Domino's bersama mokcik ni, jelas ku katakan yang ianya memang terbaik dan sedap untuk bersantai bersama keluarga. 


Terima Kasih mokcik kerana sudi isikan perut pokcik dengan Domino's yang superdupper sedap, moga-moga adalah Dominos Pizza lagi bila mata celik sekali lagi. Memang lepasni Domino's Pizza menjadi pilihan hati untuk bawa mokcik bersantai. 

No comments: