Friday 13 January 2017

Cheezy Fries Yang Buat Aku Terasa Rugi!

Orang kata kalau dapat makan tu, rezeki jangan di tolak. Tapi harini aku nak bercerita semuanya tentang makan. Aku rasa Cafe yang aku nak ketengahkan ni memang super power lah. Rugi kalau makan sorang, berbaloi kalau datang lebih dari 3 orang. Bukan nak cakap ape, jangan terkejut pulak apa yang korang order tu nanti. Nak tau? Sila baca sampai habis. 

Pop's Eatery Wangsa Maju




Kepada mereka yang suka makan western food, kat sini aku ada satu kafe yang nak diketengahkan. Pop's Eatery Wangsa Maju. Siapa yang duduk area situ atau bekerja area situ mesti tau, lokasi cafe yang aku maksudkan tadi. Terletak bersebelahan Burger King's dan berhadapan dengan Wangsa Walk Wangsa Maju. Kedai seberang jalan dengan KFC, mesti korang tau kan. 

Harga hidangan bermula RM9.90 tapi terlalu puas hati bila dihidangkan seperti 2 orang yang hadap sepinggan tu. Kalau datang sorang memang rugi, baik datang ramai-ramai, buat order menu berlainan jadinya boleh tukar-tukar sesama sendiri untuk menikmati hidangan yang lain. 


Cheezy Fries Yang Buat Aku Terasa Rugi!


Dalam duk juling tengok pelbagai menu yang ada, Cik Katik aku ni, order Cheezy Fries! Bila dah sampai tu aku rasa rugi bila order satu, memang tak cukup lah satu, Kenapa? sebab portion yang disediakan tu dengan sos yang sedap aduh! lagi buat aku terasa nak lagi dan lagi. Serius memang sedap sampai hadap sampai korang sendiri tak sedar. 

Bosan Menu Yang Sama? Jom Terjah Dua Menu Lain Yang Aku Order!


Salted Egg Yolk Cream Pasta With Grilled Herb Chicken

Creamy Chicken Mushroom Awesome Habis!

Menu Special Yang Wajib Cuba!

Setakat ni, aku order dua menu tu sahaja, next time aku terjah lagi, aku update lagi apa menu yang ada. Lagi pulak tetengah bulan pepaham lah ye! poket tengah kering lainlah kalau ada yang sponsor nak bagi review untuk aku terjah nanti. Lagi pulak ada 365 hari lagi untuk aku berkunjung kat situ pada bila-bila masa je. 

Hati Puas Dapat Cheezy Fries & Creamy Chicken Mushroom 

Kerana dia bermulanya aku untuk belajar makan western food, lagi pulak dapat si katik yang kuat makan. Aduh! Parahhh! Tekak saka budak dalam gambar ni. Makan tak cukup sepinggan tapi kalau boleh nak lebih sepinggan ( Kalau die baca sure bergusti lah aku hahahahaha ) 

Persekitaran boleh dikatakan sesuai untuk korang yang nak dating, memang terbaik tenang cool, rileks memang sangat sesuai untuk korang nak bawa pasangan korang, atok, nenek, mak, apak, anak, cucu dan sewaktu dengannya. 

Alamat :

1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

No Phone :

03-4144 3162

Waktu Operasi Setiap Hari  :

12:00 – 3:00 pm, 6:00 – 11:00 pm

Facebook : 

Pop’s Eatery Facebook 



No comments: